“Berani buat berani tanggung!” – Rupa-rupanya dari awal Chef Wan dah ‘w4rning’ suami Serina cakap jujur tentang status perkahwinan

PENGAKUAN suami kepada Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin mengenai perkahwinan mereka tidak diketahui bekas isteri pertamanya mendapat perhatian bapa aktres itu iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Chef Wan yang juga cef selebriti terkenal berkata, Aidid sepatutnya lebih awal berterus terang mengenai situasi sebenar agar tidak menimbulkan prasangka bvruk seperti yang sedang berlaku sekarang.

“Akhirnya bekas suami buka mulut beritahu kebenaran. Sebab itu dari awal saya dah nasihat jangan bermain ap1 depan-depan dia di rumah saya.

Chef Wan berkongsi paparan skrin artikel mStar pada Isnin.

“Saya akan tahu semua ini secepat yang anda fikirkan. Saya lihat wajah dia dan berkata ‘tolong jangan t1pu saya jika anda sudah bercera1 atau tidak dengan isteri pertama’.

“Kalau anda tidak gembira dan tiba masa untuk teruskan hidup, saya faham tapi saya tidak mahu terlalu fikirkan masa lalu anda sebab ia bukan urusan saya untuk buat andaian atau bersangka burvk seperti orang di luar sedang lakukan,” tulisnya di Instagram pada Selasa.

Chef Wan turut memuat naik paparan skrin artikel mStar pada Isnin berhubung pengakuan Aidid mengenai status sebenarnya ketika berkahwin dengan Serina.

Menerusi artikel tersebut, Aidid mengaku berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun menaf1kan dakwaan bahawa Serina menjadi punca percera1annya dengan bekas isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, cef terkenal berusia 63 tahun ini berharap apa yang terjadi kepada keluarganya itu dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggungjawab fasal anak kita. Biarpun buat silap tetap kita mengaku silap! Pengajaran untuk semua! Tidak perlu sikit-sikit aibkan keluarga bapa mereka la.

Hamizah (kiri) sempat bermadu dengan Serina sebelum dicera1kan oleh Aidid pada 9 Mac lalu.

“Sedangkan saya la mangs4nya di sini dimak1kan orang. Ya, saya cakap memang kasar! Untuk orang yang layak menerimanya. Berani buat berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon sahaja maaf.

“Sangat menarik bila terlalu ramai orang bod0h yang hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap!

“Padahal berapa kali kita dengar cerita yang sama berulang kali mengenai lelaki yang nak kahwin isteri kedua atau ketiga pun sama cerita atau pen1puan yang lebih kurang sama pada akhirnya memaIukan kita sebagai ibu bapa,” katanya.

Foto ketika Chef Wan bertemu dengan suami Serina, Aidid.

Pada Jumaat lalu, Serina menerusi laman Instagram miliknya mended4hkan dia sudah bernikah dengan Aidid namun pengumuman tersebut mengejvtkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara.

Kemudian, seorang wanita bernama Nur Hamizah muncul membuat pended4han secara eksklusif kepada mStar pada Ahad lalu mengatakan dia dicera1kan pada 9 Mac lalu dan Aidid masih bergelar suaminya yang sah ketika berkahwin dengan Serina.

Susulan itu, pada Isnin, Ketua P0lis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata p0lis sudah membuka kertas s1asatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen P0lis (IPK) Perlis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *