Sedar sikit kaki pijak atas tanah mana – Sarimah Ibrahim

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Itu peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan luahkan selebtiti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim berhubung 1su tidak tahu berbahasa Melayu dalam kalangan segelintir orang Malaysia yang sedang h4ngat diperkatakan dalam Twitter.

Wanita keIahiran Dublin, Ireland itu menegaskan, sesiapa sahaja yang berpihak di bumi Malaysia seharusnya sedar diri, berasa bangga dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

 “Apa pulak cerita tak nak cakap BM kononnya tak cukup ‘atas’.

“Helo, cuba sedar sikit kaki tu berpijak di ‘atas’ tanah mana! OMG! Kita patut bangga!,” tempeIaknya dalam satu ciapan dalam Twitter.

Sarimah,, 43, juga tampil mempersoalkan kerelevanan sesetengah rakyat Malaysia yang berasakan pertuturan dalam bahasa Melayu seperti tiada kelas.

“Saya tak tahu tentang orang lain tapi saya berasa sangat bangga apabila bercakap dalam bahasa Melayu (BM). Saya hanya bersekolah lima tahun di sekolah kebangsaan (SK) dan selebihnya di luar negara,” katanya yang cukup sinonim sebagai hos Anugerah Juara Lagu ketika dipuncak populariti.

Pengacara, pelakon, dan penyanyi Malaysia berbintang Aquarius k4cukan Melayu-Irish mengakui menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturann sehariannya bersama rakan-rakan.

“Tengoklah saya dengan penuh BM bersama rakan-rakan saya. Gua memang suka wei, bangga s1ut,” ciap Sarimah yang pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan Wesley College Dublin.

Pencapaian akademik tertingginya ialah Advanced Dip. Psychology (HELP University & College of Applied Arts Singapore).

Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tunku Sofia Najihah sekitar Julai 2019.

Terdahulu, segelintir netizen mencetuskan prov0kasi di Twitter yang bermula dengan ciapan seorang pengguna laman sosial menceritakan pengakamannya berdepan seorang wanita berketurunan Cina yang tidak faham pertuturannya ketika sedang menaiki lif.

Ciap individu tersebut: “Dalam lif, ada perempuan Cina masuk. Sebagai seorang lelaki budiman, saya tanya: ‘Tingkat mana, cik?’”

Wanita itu membalas: “Sorry I don’t understand what are you saying (Maaf saya tidak faham apa yang anda katakan)”

Lebih mengervhkan keadaan apabila seorang lagi pengguna Twitter bertindak membaIas (sub-tweet) ciapan berkenaan dengan mengatakan, bawah Perlembagaan Persekutuan, tiada keperluan langsung rakyat Malaysia untuk bercakap bahasa Melayu.

“There is no requirement for a Malaysian to speak Malay – at all. (Tiada keperluan untuk rakyat Malaysia bercakap bahasa Melayu langsung)

“Zero. As long as you have a blue IC, you are a citizen of Malaysia. (Kosong. Selagi anda ada kad pengenalan berwarna biru, anda warganegara Malaysia).

Pengguna Twitter itu turut mend4kwa, idea untuk rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu bercakap dalam BM ialah sesuatu yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika pemerintahan pertamanya.

“Ironinya, dia (Tun) tidak langsung seorang Melayu – dia orang India,” ciap individu itu dengan yakin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.