TuIar Notis Rentas Negeri Diperketat Kerana Selebriti dan Instafamous, Sharnaaz bersuara

Susulan tindakan tidak bertanggungjawab golongan selebriti dan instafamous yang menyaIahgunakan kebenaran merentas negeri semakin kerap berlaku, p0lis telah mengeluarkan peraturan baru bagi mereka yang memohon kebenaran merentas negeri.

Berdasarkan gambar notis di sebuah balai p0lis yang tersebar di media sosial baru-baru ini, pemohon perlu menunjukkan bukti aktiviti setiap hari, selain menyertakan dokumen-dokumen lain seperti kad pengenalan dan dokumen sokongan.

“Ekoran 1su instafamous, selebriti dan artis yang salahguna kebenaran merentas yang diberi oleh P0lis Diraja Malaysia (PDRM), pemohon wajib menunjukkan bukti aktiviti setiap hari dalam permohonan.

“Sebagai contoh, jika tiga hari, nyatakan aktiviti dalam tiga hari tersebut,” kata kenyataan dari notis itu.

“Permohonan hanya membawa salinan kad pengenalan sahaja semata-mata tidak dibenarkan, wajib mempunyai dokumen sokongan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, pegawai p0lis yang bertugas diarahkan perlu lebih teliti semasa mengeluarkan borang rentas negeri.

Sejak kerajaan mula melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menetapkan perjalanan merentas negeri memerlukan kebenaran dari pihak berkuasa, ramai yang mula mengambil kesempatan untuk merentas negeri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Terutamanya di kalangan individu popular, instafamous, selebriti, orang ternama dan yang sewaktu dengannya dalam kategori ‘orang kayangan’ yang merasakan diri mereka kebal dari t1ndakan und4ng-und4ng.

Dalam pada itu, Pelakon Sharnaaz telah memuat naik IG sory  seolah tidak berpuas hati kerana artis dan instafamous ditvduh menjadi punca prosuder rentas negeri di perketatkan

“Dude, jgn jadikan artis dan instafamous sebagai kambing hitam lah tak nak bagi org rentas negeri…”-Sharnaaz

KETUA POLIS CHERAS JELASKAN NOTIS TENTANG RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN KERANA SELEBRITI DAN INSTAFAMOUS TELAH DITURUNKAN

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bagaimanapun tidak menyatakan sebab n0tis itu diturunkan, namun menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

“Semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan harus menunjukkan bukti, baik untuk pekerjaan atau hal-hal lain.

“Pegawai saya telah diingatkan bahawa mereka yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak hanya mengeluarkan izin sesuka mereka,” katanya pada Selasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *