Anak ketiga baru berusia 8 bulan tapi peminat dah minta Fasha Sandha beran4k lagi – “Aisha masih kecil, kasihan dia”

WAJAH comel anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira sering mencur1 tumpuan pengikut di laman sosial.

Keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha meIahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali ini tidak menolak jika dikurniakan rezeki itu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.

Keletah comel Aisha Amaira sering mencvri tumpuan peminat Fasha di laman Instagram.

“Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis… Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun,” katanya.

Fasha membalas komen seorang pengikut yang memintanya menambah cahaya mata baharu dalam masa terdekat.

“Fasha tolong beran4k lagi… baby comel sungguh,” tulis peminat tersebut.

Fasha bersama suami Aidil Aziz dan anak mereka, Aisha Amaira.

Aisha Amaira Mohd Aidil diIahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.