“Orang Luar Hanya Boleh Bercakap Saja,” – Kerjaya Suami Pernah DipersoaI, Kaka Azraff Ded4h Dvgaan Berumah Tangga

Penyanyi, Kaka Azraff mengakui dirinya pernah berdepan cabaran besar selepas membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff lebih dua tahun lalu.

Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dia juga ada menerima komen negatif daripada rakan-rakan di sekeliling kerana ada yang mend4kwa, Adam tiada memiliki pekerjaan yang tetap dan stabil pada ketika itu.

“Sejujurnya masa Kaka kahwin dengan Adam, dia memang tak ada apa-apa. Dia tak ada bisnes tapi saya tahu dia seorang yang rajin cuma mungkin pada ketika itu, rezeki belum ada.

“Namun tanpa fikirkan mengenai perkara tersebut, saya buat keputusan untuk kahwin dengannya.

“Jadi orang di sekeliling selalu cakap dan tanya, boleh ke dia jaga saya? Dia tak ada kerja nanti macam mana dia nak tanggung saya? Perkara ini banyak memberi tek4nan kepada dia sebenarnya.

“Memang ketika itu dia tak ada apa-apa tapi orang lain tak tahu apa yang ada di dalam hatinya.

“Cukup atau tak cukup ke, hanya kami yang tahu. Orang luar hanya boleh bercakap sahaja. Jadi itulah apa yang kami lalui selama ini,” katanya jujur.

Kaka pada masa sama turut mended4hkan, dvgaan rumah tangga yang dialami sering berpunca daripada pandangan orang sekeliling.

“Tahun pertama perkahwinan kami memang banyak sangat dvgaannya dan ia bukan berpunca daripada kami berdua, tapi sebab kata-kata orang di sekeliling juga.

“Jadi pada Kaka, jangan dengar apa orang lain cakap dan bila kita sudah bertemu pasangan hidup yang serasi, hanya kita sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk pasangan,” akhirinya yang baru sahaja muncul dengan single terbaru, Janjiku.

Lagu hasil ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu merupakan sebuah lagu yang mengisahkan tentang l1ku-l1ku kehidupan rumah tangganya bersama suami.

Imbas kembali, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan, setahun.

Foto: Instagram Kaka Azraff

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.