“Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejvtan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru

Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat tervja kerana berjaya membuat kejvtan bersempena hari Iahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.

“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.

“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.

Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejvtan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.

“Sorry celebrate birthday awak awal giIa sebab selalunya mesti kant0i kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.

“Kali pertama saya tak kant0i so kira saya dah setapak kedepan lebih matang

Kisah semalam jam 10:47 malam,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dan  sentiasa dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.