Siti Nurhaliza ‘berbunyi’ ingatkan penyamar Sitizoners – “Tak perlu bandingkan cara saya bekerja”

TEGURAN terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza khususnya berkaitan dan imej serta beberapa keputusan membabitkan perniagaannya bukanlah sesuatu yang baharu.

Paling kerap menerima teguran ramai termasuk ahli kelab peminatnya iaitu Sitizoners ialah berkaitan penampilan Siti ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

Menyedari mengenai kebimbangan berkenaan, Siti atau nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 42, tampil mengingatkan orang ramai berhenti membanding-bandingkan serta mempertikai cara dia bekerja.

“Assalamualaikum, sekali sekala saya perlu ingatkan Sitizoners yang saya sayangi dan juga yang menyamar di sebalik nama Sitizoners.

“Rasanya tidak perlu untuk banding-bandingkan… cara saya bekerja dalam dunia hiburan dan perniagaan sangatlah berbeza, team berbeza,” katanya di Twitter.

Kulit album ManifestaSITI2020.

Selain 1su pakaian, rekaan kulit album Siti berjudul ManifestaSITI2020 turut dikrit1k ramai.

Menurut mereka, kulit album tersebut kelihatan tidak bersesuaian dengan status Siti malah ada di antaranya turut menyamakan rekaan kulit album ManifestaSITI2020 seperti kulit wajah hadapan majalah hartanah.

Mengulas lanjut mengenai 1su kr1tikan terhadap hasil kerjanya, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini meminta peminatnya agar jangan mudah untuk memperIekehkan hasil usaha mana-mana pihak dalam pasukannya.

“Alhamdulillah kerana team SNP (Siti Nurhaliza Production), saya bertahan sampai sekarang dengan cara dan strategi yang kami buat. Begitu juga dengan produk saya.

“Jadi, saya harap jangan mudah menjatvhkan dan memperIekehkan kerja-kerja insan yang dah bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerja saya,” katanya.

Siti meluahkan pandangannya di Twitter.

Selain itu Siti turut menambah, dia merupakan orang terakhir yang akan membuat setiap keputusan bagi setiap produk dan hasil kerja seninya.

“Keputusan akhir semua di tangan saya dalam setiap kerja yang dibuat. Terima kasih bagi yang sentiasa memahami.

“Yang baik daripada Allah, yang burvk daripada kita sendiri. Siti Nurhaliza tulis sendiri ni!” katanya.

Selain aktif dalam kerjaya nyanyian, Siti turut mengusahakan perniagaan produk kosmetik, kesihatan dan tudung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *