“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Tervja!

T4mparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, G.I.G, dan banyak lagi lagu-lagu daripada kumpulan Elite yang sering berkumandang di corong-corong radio satu ketika dahulu. Mungkin generasi sekarang kurang mengenali mereka, namun bagi generasi terdahulu inilah kumpulan penyanyi yang dianggotai oleh para wanita yang pernah menjadi keg1laan. 

Bagaimanapun, selepas lama menyepi, berita baik buat peminat kumpulan Elite apabila mereka bakal bergabung kembali. Sempena ulang tahun ke-25, kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha kembali bergabung menerusi single terbaharu berjudul Alhamdulillah. Video-video menampilkan kesemua ahli kumpulan Elite yang sedia begambar bersama juga turut dikongsikan oleh mereka semua. 

Menurut Abby, selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.

“Saya anggota paling awal mengundur diri. Jadi, jika dihitung hampir 20 tahun anggota asal kumpulan Elite tidak bersatu. Selalunya pasti ada ahli yang tidak lengkap,” kata Abby.

Kemunculan kembali kumpulan Elite ini akan menyaksikan mereka membawa single terbaharu yang berkonsepkan islamik. Lagu ‘Alhamdulillah’ itu juga dikatakan menyampaikan mesej yang baik dan positif, sesuai dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi. Tentunya single terbaharu itu adalah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite.

Dalam pada itu, Watie menjelaskan bahawa walaupun mereka muncul kembali membawa lagu kerohanian, namun identiti Elite yang sering membawa genre rap masih dikekalkan. 

“Sudah lama tidak menyanyi dan masuk ke studio rakaman, agak mencabar untuk kami semua. Namun, proses rakaman dan rakaman video muzik berjalan dengan pantas. Harap peminat akan menyukai lagu terbaharu kami,” ujar Watie.

Sementara itu, para peminat juga turut berkongsi ketervjaan dengan berita tersebut. Nampaknya masih ramai peminat yang tidak lupa dengan kumpulan Elite dan masih menanti akan kemunculan semula mereka. Ia pasti akan mengimbau kembali kenangan kita semasa zaman remaja dahulu. 

Bagi yang tak sabar nak dengar single terbaharu kumpulan Elite, lagu Alhamdulillah bakal dilancarkan pada 19 April depan di semua platform digital. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kool FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *