Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi… satu majlis khas untuk peminat

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mended4hkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini.

Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mended4hkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.

Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

Kamal melamar Uqasha secara langsung dalam AME2020.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.

“Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha.

Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Kamal pula berkata dia tervja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

“Saya tervja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat.

“Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya.

Uqasha dan Kamal sepakat mengadakan tiga majlis bagi meraikan hari bahagia mereka.

Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa D0sa, Michael Ang secara tidak sengaja memec4hkan rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *