Buat Kejvtan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

Semua orang kenal dengan pelakon lelaki terkenal yang kacak dan berkulit hitam manis ini. Namun tak ramai yang tahu tentang hubungan percintaan Remy Ishak. Mungkin sebab Remy kurang berkongsi mengenai status hubungannya, maka banyaklah spekuIasi yang timbul. Bagaimanapun, baru-baru ini Remy dilihat membuat satu kejvtan sempena hari jadi bekas tunangnya, iaitu Ezza Yusof.

Wah ada apa-apa ke ni siap buat kejvtan semua? Boleh dikatakan apa yang dilakukan oleh Remy Ishak itu adalah sangat baik walaupun mereka sudah tidak mempunyai ikatan rasmi. Remy dikatakan membuat kejutan dengan menganjurkan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran. Bukan belanja Ezza sorang je, tetapi bersama dengan rakan-rakan yang lain juga. Memang meriah sambutan hari jadi kali ini!

“Saya tak pernah kena ‘surprise‘ macam ni. Sejuk tangan saya semalam tak tau nak respon macam mana. Memang tak jangka langsung,” tulis Ezza dalam ruangan kapsyen menceritakan detik dia menerima kejvtan

Dalam pada itu, Ezza turut mengucapkan mengucapkan terima kasih kepada Remy sebab dah belanja makan sempena hari jadinya. Memang baik hati betul Remy sanggup buat kejvtan macam tu. Apa yang bagusnya, kedua-dua mereka masih kelihatan sangat rapat.

Tindakan Remy ini patut dipuji apabila tidak memutuskan terus perhubungan mereka dan membawa haluan masing-masing selepas tiada ikatan rasmi. Sementara itu, para peminat pula mendoakan agar jodoh kedua-dua dipanjangkan. Jangan ada yang kecew4 pula ye kalau Remy jadi kahwin nanti.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Remy dan semoga dipertemukan dengan calon isteri yang solehah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kool FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.