Sucikan hati, jangan suka jadi penyibvk – Emelda Rosmila

Pelakon Emelda Rosmila tampil menempeIak netizen yang suka ‘menjaga tepi kain orang lain’ supaya membersihkan hati daripada s1buk meninggalkan komen tidak sepatutnya kepada orang lain.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, isteri kepada pengarah, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli itu sebenarnya menegur sikap segelintir netizen apabila mempersoalkan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa dengan Haris Ismail pada Sabtu lalu.

“Manusia boleh jangan jadi busy b0dy (peny1buk) sangat tak? Orang nak kahwin letak berlian dekat pelamin pun biarlah. Tak usik duit kita pun. Semua benda nak tegvr, kehidupan kita pun banyak kekvrangan.

“Jangan asyik nak sibuk dengan kehidupan orang lain. Betulakan diri sendiri dulu. Boleh tak belajar untuk gembira bagi pihak orang lain?” kata pelakon drama Manjalara itu.

Menerusi hantaran itu juga, pelakon berusia 41 tahun itu turut meminta netizen supaya tidak terpedaya dengan kata-kata hasad daripada orang lain sehingga sanggup meninggalkan komen mengvtuk orang lain.

“Kenapa serba-serbi nak meny1buk? Dia nak kahwin dekat bulan pun biarlah, nak letak kebun bunga dekat pelamin biarlah, nak turun daripada jet pejuang dekat pelamin biarlah. Apa kena mengena dengan kita?” katanya.

Dalam pada itu, Emelda turut meminta netizen supaya tidak terlalu terpedaya dengan h4sutan sya1tan dan banyakkan berdoakan untuk kesejahteraan orang lain.

“Jangan cepat terpedaya dengan bisikan-bisikan sya1tan. Orang mendirikan masjid kita doakan untuk dia. Bukan asyik nak kec4m sana sini,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Emelda turut meninggalkan pujian terhadap perkahwinan Neelofa dan Haris kerana mengadakan majlis perkahwinan yang cukup indah.

“Neelofa dan Haris nampak sangat cantik. Pelamin dia pun cantik serba putih nampak suci. Sebenarnya ringkas sahaja perkahwinan mereka. Tetamu yang datang pun serba putih, pakaian sopan.

“Artis yang tidak bertudung pun selfie (swafoto) selendang dekat kepala. Nampak manis. Jemputan ulama pun ramai. Alunan zikrullah hampir sepanjang majlis pernikahan yang disaksikan para malaikat,” tulis Emelda.

Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *