Comelnya! Peminat Tervja Melihat Keakraban Arif Jiwa Asyraf Dan Siti Aafiyah

Kanak-kanak comel Arif Jiwa Asyraf dan Siti Aafiyah dilihat sangat akrab bersama melalui perkongsian yang sering dimuat naik di Instagram.

Arif ialah anak kepada selebriti Indonesia Tya Arifin yang berkahwin dengan anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Aafiyah pula seperti dikenali ramai ialah anak pertama Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid atau Datuk K.

Pada 28 Mac 2021, satu video telah dimuat naik melalui Instagram Arif.

Video itu menunjukkan aksi comel Arif yang mengucup dahi Aafiyah.

Mereka berdua pula berpakaian sedondon warna merah jambu, comelnya!

Menurut caption:-

“Reels pertama Arif . Saranghe🤍”

Sementara itu, aksi comel mereka ini mendapat perhatian para peminat di ruangan komen.

Semoga Arif dan Aafiyah sentiasa ceria sepanjang membesar bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hot FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *