Sehari bergelar suami Neelofa, ada pihak buka akaun Twitter paIsu guna nama PU Riz

PENCETUS Ummah (PU) Riz kesaI apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuka sebuah akaun Twitter menggunakan namanya.

Lebih tervk lagi, individu tersebut membuat ciapan dan memuat naik foto-foto perkahwinannya dengan pengacara Neelofa bersama kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.

Perkara itu menjadi bualan netizen sejak pagi Ahad sehingga membuatkan pendakwah selebriti itu tampil menaf1kan perkara tersebut.

“Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya,” katanya ringkas.

PU Riz menaf1kan akaun ini dikendalikan oleh dirinya.

Menerusi tinjauan, akaun yang menggunakan nama @hrisbismail_ itu baharu sahaja diaktifkan sebaik Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, sah bergelar suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, pagi Sabtu.

Sehingga kini, akaun Twitter tersebut telah mempunyai lebih 4,000 pengikut.

Pasangan ini diijabkabulkan pada pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis yang sama, yang dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang berpakaian serba putih mengikut tema majlis.

Riz dan Neelofa berkenalan pada Jun 2017 sebelum menjalinkan hubungan lebih serius pada tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.