Kerana Neelofa, perkataan ‘Deen’ pula sohor kini

Gara-gara kapsyen hantaran Instagram selebriti terkenal, Neelofa, perkataan ‘Deen’ yang bermaksud agama sohor kini (trending) dalam Twitter sejak semalam.

Perkataan tersebut meIedak selepas Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memuat naik sekeping foto bersama suaminya, Haris Ismail, 26, usai majlis pernikahan semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa menulis kapsyen bahawa Haris yang juga pendakwah bebas itu telah melengkapkan separuh daripada agamanya.

“You complete half of my Deen, Alhamdulillah (Awak sudah melengkapkan separuh daripada agama saya),” tulis bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 29 itu.

Susulan daripada kapsyen tersebut juga, rata-rata netizen turut menzahirkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan agama masing-masing.

Selain kapsyen tersebut, sebuah video yang dikongsi adik bekas pengacara MeleTOP, Atisha Khan malam tadi turut menarik perhatian ramai apabila Haris dilihat menjadi imam ketika menunaikan solat bersama ahli keluarga lain.

Selain itu, barangan cenderahati atau doorgift daripada beberapa jenama terkenal antarabangsa buat tetamu juga antara yang menarik perhatian ramai semalam.

Serum jenama Lancome dan barangan kemas Swarovski antara produk mewah dibawa pulang oleh tetamu yang hadir.

Malah, konsep pernikahannya hasil sentuhan perunding perkahwinan Reka Teemor menjadi buah mulut ramai kerana mengaplikasikan suasana di Jabal Rahmah dalam majlis yang dikatakan sebagai ‘wedding of the year’ tersebut.

Neelofa selamat diijabkabulkan dengan Haris dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Neelofa yang anggun dalam persalinan serba putih hasil rekaan Alia Bastamam itu menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.

Pun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kosmo online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.