Johor pertimbang beli v4ksin sendiri

Kerajaan negeri berhasrat untuk membeli sendiri vaks1n imun1sasi C0vid-19 sekiranya langkah itu dapat mempercepatkan pemberian vaks1n kepada seluruh penduduk di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, langkah itu penting dalam usaha membuka semula sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura.

Menurut beliau, pembukaan semula sempadan tersebut akan memberi 1mpak positif kepada sosioekonomi negeri ini.

“Perkara ini (usaha mendapatkan vaks1n C0vid-19) telah dibincangkan dalam mesyuarat exco dimana Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad ada menyebut pihaknya komited untuk menyegerakan pembukaan semula sempadan.

“Namun jika kita terp4ksa menunggu lama untuk rakyat Johor dapat menerima vaks1n, antara yang dicadangkan adalah kerajaan negeri mendapatkan vaks1n berkenaan atas kapasiti sendiri.

“Perkara ini penting kerana antara syarat pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura adalah rakyat negeri ini perlulah menerima vaks1n C0vid-19,” katanya yang turut memberitahu perkara itu masih di peringkat awal perbincangan.

Beliau berkata demikian ketika hadir melancarkan Wisma OSB Global Resources Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Nusabayu, di sini hari ini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kosmo online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.