Berkongsi Kisah Suka Dvka, Siti Sarah Tunjukkan Tempat Dirinya Membesar

Kesenangan yang datang dalam hidup tidaklah tiba dengan mudah.

Ia hadir dengan usaha keras dan sikap sentiasa ingin tingkatkan pencapaian diri.

Pada 24 Mac 2021, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan beberapa foto yang berkaitan dengan tempat Sarah membesar dahulu.

“MasyaAllah, sebak rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Maybe ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka dvka Sarah.”

Sarah juga menunjukkan tempat beliau bersekolah dan mengaji.

“Ni lah Sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. awal-awal jadi artis pon ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha”

Selain itu, beliau juga bercerita tentang keadaan sukar dilalui keluarganya akibat kris1s kewangan pada 1997.

“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada kris1s kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena temp1asnya. Takda job langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta. Kerana tanggungjawab yg besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai. Dan roti canai tuuu… #NeverGiveUp #AkuNakKaya”

Namun, semua itu menjadi penguat kepada beliau untuk menjadi Siti Sarah pada hari ini.

Beliau seorang yang kuat dan cekal. Semoga perkara baik yang ditunjukkan beliau ini mampu menjadi pembakar semangat untuk orang lain juga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hot fm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *