Keserasian penguat cinta Emran-Nabila

SETIAP individu yang berkahwin pasti ada kisah cinta yang unik dan berbeza. Ada yang penuh warna-warni bahagia tapi ada juga yang diselimuti duka.

Siapa sangka, perjalanan cinta yang dinikmati kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor bersama ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin mencipta detik paling indah dalam hidup mereka.

Memilih untuk mengikat janji sehidup semat1 pada 19 Mac lalu, Nabila dan Emran sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Berkongsi banyak persamaan, barangkali keserasian itulah yang menjadi titik permulaan dan penguat kisah cinta mereka hingga membawa ke gerbang perkahwinan.

“Syukur kepada Allah SWT kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai kebahagiaan dan menikmati hidup berkeluarga.

“Rasanya semua sudah sedia maklum yang saya mula mengenali Emran sekitar Ogos tahun lalu sebagai kawan. Kami berdua berkongsi pengalaman hidup yang agak banyak persamaan.

NABILA kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri.
KELUARGA bahagia Engku Emran dan Nabila.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

Mengambil keputusan yang singkat apabila nekad mendirikan rumah tangga dalam tempoh kurang setahun perkenalan, Nabila mempunyai alasan yang kuat untuk kembali berumah tangga.

“Saya sudah mengenali suami sejak tahun lalu dan selepas kami mempertimbangkan pelbagai sebab, keputusan ini dibuat dan keluarga saya sangat menyayangi suami sejak dari awal saya perkenalkannya.

“Tiada istilah serik dalam mencari kebahagiaan. Saya anggap ini adalah takdir Tuhan dan jodoh adalah rahsia Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Saya bersyukur kerana saya dan Jebat Jayden dipertemukan dengan Emran dan Aleesya pada waktu yang tepat. Pasti ada sebab yang Tuhan sudah aturkan buat kami,” katanya.

Mengakui Emran memiliki sifat penyayang dan romantis, Nabila tiada alasan lain untuk men0lak jodoh yang sudah tertulis.

“Dia sangat penyayang, menyayangi dan menghargai saya. Dia ada dengan saya pada masa saya memerlukan nasihat dan teman untuk berkongsi. Dia juga seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri,” katanya.

Melihat kisah cinta mereka boleh diibaratkan persis pasangan selebriti popular walaupun mereka bukan seorang selebriti, namun hakikatnya sejak awal bulan ini, g0sip mereka h4ngat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

SEKITAR majlis pernikahan Nabila dan Engku Emran yang berlangsung 19 Mac lalu.

Tidak mudah meIatah dengan setiap apa yang diperkatakan netizen, Nabila sentiasa tenang dan enggan ambil pusing.

“Bagi saya semua orang berhak untuk memberi pandangan masing-masing. Yang penting saya dan suami serta anak-anak gembira bersama,” katanya.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin pada 2013, namun ia berakhir dengan percera1an.

Selepas itu, dia berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017, tetapi bercera1 Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemeIut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, ini juga perkahwinan ketiga bagi Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, 12, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *