“Ibu Pun Dah Kenal, Pasal Restu Saya Pun Nerv0us Lagi,” – Wany Hasrita Tak Terlalu Terbuka Soal Cinta, Bukan T4kut ‘Dicaras’ Cuma…

Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.

Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.

Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang ini memilih untuk tidak terlalu berkongsi.

Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mended4hkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.

Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.

“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mended4hkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain.

“Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.

“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat t4kut untuk cakap apa-apa.

“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat ser1us dalam hal ni.

“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya.

Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Wany turut menaf1kan tanggapan segelintir pihak yang mend4kwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.

“Kalau kena car4s tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.

“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.

“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Wany mendedah dia berasa sangat tervja apabila dipilih sebagai duta baru Himaya kerana sebelum ini dia sering memakai pelitup muka Himaya hasil pemberian daripada duta pertama, Elfira Loy.

Pada edisi kali ini, pelitup muka Himaya telah didatangi dengan seleksi dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra Fazira manakala Wany pula mewakili warna Apricot Dream.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.