“Doakan Saya…,” – Perkongsian Neelofa Cvri Perhatian, Instagram Dihujani Komen Baik-Baik, Tak Sabar Tunggu Hari Bahagia

Satu perkongsian doa daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di Instagram menarik perhatian ramai.

Menerusi lampiran yang disertai dengan maksud itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohamad Noor, 31, juga meminta ramai untuk mendoakannya dalam doa semua.

“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Malah, posting sama turut dikongsikan bekas hos program MeleTop itu menerusi Insta Stories.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai sebab dan butiran lebih jelas sebab perkara tersebut dikongsikan Neelofa.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan yang baik-baik buat figura asal Kelantan ini selain ada juga yang membayangkan ia bersempena dengan hari bahagianya yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Ameen, cant wait for your big day,” tulis seorang individu.

“Amin… Always doakan. Semoga dipermudahkan segala yang dirancang,” itu kata positif yang ditulis seorang lagi individu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Lofa seperti yang dirancang. Amin ya Mujib. Tak sabar nak tunggu hari bahagia Lofa dan Haris,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Terdahulu, spekuIasi mengenai perkahwinannya bersama Haris Ismail, atau PU (Pencetus Ummah) Riz yang didakwa akan berlangsung minggu ini menjadi bualan di media sosial.

Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh berhubung tarikh bahagia yang disebut-sebutkan itu.

Media sebelum ini ada melap0rkan kenyataan Neelofa yang menaf1kan d4kwaan yang tuIar di Internet bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Pada masa sama, Neelofa turut menaf1kan tudvhan yang mend4kwa kononnya dia terkena ub4t pengas1h dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Malah, status hubungan mereka turut mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi mengenakan cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Juara Dewi Remaja 2009/10 itu dilihat ada memakai cincin terbabit  semula di jari manisnya, sekaligus membayangkan hubungan di antara keduanya masih baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *