“Ada sesuatu yang besar Allah nak bagi kepada dia” – Wany Hasrita percaya Nabila Razali tak mudah pat4h semangat

WALAUPUN nyanyian Nabila Razali tervk dikrit1k pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), namun sebagai rakan artis, penyanyi Wany Hasrita percaya Nabila akan terus bangkit daripada kegagaIannya itu.

Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia yang mengenali Nabila secara peribadi tahu rakannya itu merupakan seorang yang kuat dalam menempuh pelbagai dvgaan sepanjang bergelar anak seni.

“Secara peribadi saya kenal Nabila, dia memang seorang yang sangat kuat. Mungkin dia ada menangis tapi saya percaya dia akan cepat bangun balik.

“Apa yang saya boleh cakap, akan ada sesuatu yang besar Allah nak bagi pada Nabila, ini uj1an untuk dia. (Nyanyian terkucil) tak merug1kan dia apa-apa pun.

“Saya rasa dia akan dapat tempuh macam selalu, dia adalah wanita yang sangat kuat,” katanya.

Wany dan Erra dilantik duta pelitup muka Himaya.

Wany ditemui pada majlis perlantikannya bersama Erra Fazira sebagai duta pelitup muka Himaya yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pemenang tempat ketiga AJL35 itu mengharapkan netizen agar lebih berhati-hati dalam men1nggalkan krit1kan agar tidak menggur1s hati mana-mana pihak.

“Saya bukan cakap pasal Nabila sahaja, tapi secara umum… benda ini dah banyak kali terjadi, orang luar kutuk artis. Kita semua memang tak boleh kawal keyboard warriors ini.

“Mungkin kita tak boleh nak ubah mereka tapi saya harap mereka beringatlah sebelum taip sesuatu.

“Kalau kita rasa apa yang kita tulis itu menyak1ti hati orang, baik kita tak payah tulis,” ujarnya lagi.

Wany yakin Nabila kuat berdepan dvgaan.

Dalam final AJL35, Nabila yang membawakan lagu Peluang Kedua terkucil di pertengahan persembahan sehinggakan namanya menjadi trending di media sosial.

Malah, persembahannya itu turut mendapat perhatian meluas daripada rakan artis sendiri yang mana ada yang mengutvk dan ada juga yang mempert4hankan Nabila.

AJL35 menobatkan lagu G1la nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua menjadi milik Aina Abdul menerusi lagu Semalam dan lagu duet Wany dan Datuk Jamal Abdillah, DibeIenggu Rindu berada di kedudukan ketiga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *