Mas Idayu terbuka hati kahwin lagi, mahu teman di hari tua – “Tak mudah pilih calon, yang penting bukan suami orang!”

SELEPAS 15 tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi dangdut, Mas Idayu berkata hatinya kini sudah terbuka untuk mencari teman hidup.

Meskipun masih belum mempunyai calon suami yang sesuai, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata dia sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.

“Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk ada seseorang yang akan menemani hari tua… terdetik di hati saya untuk menerima lelaki dalam hidup.

“Tapi buat masa ini sejujurnya saya memang masih belum jumpa, tak tahulah siapa bakal jodoh itu, mungkin mereka tak berani nak berkawan dengan saya.

“Orang selalu tengok karakter saya di televisyen nampak gar4ng dan beng1s tapi kalau orang yang kenal saya secara peribadi mereka tahu saya bukan begitu,” katanya.

Mas Idayu akui bukan mudah memilih bakal suami.

Penyanyi lagu R0bek Hatiku ini ditemui di set penggambaran drama Kampung Kolestr0l yang diadakan di Ijok, Selangor.

Selain Mas Idayu, drama arahan Shuhaimi Lua ini turut dibintangi oleh Ziana Zain, Sufian Suhaimi, Aiman Tino dan Rusdi Ramli.

Dalam pada itu Mas Idayu berkata dia enggan terlalu berharap, sebaliknya menyerahkan kepada Allah SWT untuk menentukan yang terbaik dalam hidupnya.

“Bukan senang nak memilih lelaki menjadi suami, banyak yang kita kena pertimbangkan… cuma ada masa saya jadi t4kut sampai rasa was-was apabila ada orang nak kenal. Terfikir seriuskah dia?

Mas Idayu bersama barisan pelakon utama drama Kampung Kolestrol.

“Saya tak kisah mengenai latar belakang bakal suami, asalkan masing-masing ada keserasian dan memahami… yang paling penting dia bukan suami orang! Kalau lelaki itu orang seberang (Indonesia) pun saya okay sahaja.

“Bukan mudah nak fikir tentang jodoh, jadi jalan terbaik saya serahkan kepada Allah! Malah dalam doa pun saya selalu minta supaya jika ada jodoh lagi temukan la dengan seorang lelaki yang benar-benar sesuai untuk menemani hari tua nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, Mas Idayu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 23 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.