Elfira Loy tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama – “Kalau ada RM100, El bagi semua kepada mereka”

KEBAHAGIAN keluarga sememangnya menjadi keutamaan pelakon Elfira Loy dan menganggap rezeki yang dimiliki adalah untuk dikongsi bersama.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata, dia sanggup memberikan semua duitnya jika terdapat ahli keluarga yang berada dalam kesus4han.

“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada RM100, El bagi 100 semua kat mereka. El lagi sanggup tak ada duit daripada tengok orang lain tak ada duit.

Elfira turut berkongsi video sambutan hari Iahirnya pada 8 Mac lalu.

“Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Sampai sekarang, saya masih percaya yang apa sahaja yang saya ada sekarang ini bukan milik saya tapi milik semua orang.

“Bila-bila saja boleh h1lang. Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu,” kata Elfira.

Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Selain itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Kerna Syurga Bukan Percuma tersebut turut berkongsi video sambutan ulang tahun keIahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.

Elfira memberitahu dia memuat naik rakaman sambutan majlis hari Iahirnya berdurasi hampir dua minit itu di laman sosial sebagai kenangan.

“Saja El nak kongsikan video pada majlis hari jadi El sebagai kenangan kat sini,” kata Elfira.

Sambutan hari Iahir Elfira bersama seluruh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Elfira yang sentiasa mengutamakan keluarga dan tidak pernah berkira dengan orang tersayang.

“Betul tu El… lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Bagusnyaa El, moga mencurah-curah rezeki El sekeluarga,” komen salah seorang netizen.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *