Zul Ariffin tak tahu Intan Najuwa putvs tunang, tiada sebab jadi orang ketiga – “Saya tak kisah pun ini bukan pertama kali dikaitkan”

PELAKON Zul Ariffin tampil menaf1kan d4kwaan dia menjadi punca atau orang ketiga penyebab hubungan aktres Intan Najuwa dengan ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli berakhir.

Menurut Zul, dia tidak mengetahui mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang dan menegaskan namanya hanya dikaitkan dengan aktres tersebut sebelum ini disebabkan drama lakonan mereka berjudul Setelah Ku Dimiliki (2019).

Bagaimanapun pemilik nama Zulkifli Ariffin ini memberitahu dia sudah lal1 apabila dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem.

“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, 1su melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia dah putvs.

Intan mengesahkan dia dan Razrul sudah lama berpisah.

“Saya tak tahu pun (Intan putvs tunang)… saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang dah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.

“Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan… jadi suka hati la, ” kata Zul.

Zul yang berusia 35 tahun itu ditemui ketika tayangan perdana filem Penvnggang Ag4ma di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin.

Terdahulu, Intan mengesahkan hubungan dia dengan bekas tunangnya sudah berakhir dengan menjawab soalan netizen menerusi ‘Ask Me Question’ di Instastory pada Isnin.

Pada Februari 2020, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih P4ksa ReIa itu dilap0rkan sudah berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun keIahiran aktres itu yang ke-22.

Bekas tunang Intan juga pernah terpalit dengan kontr0versi foto mesra Intan dengan hero gandingannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *