Dua tahun menunggu, Rozita Che Wan harap impian sambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu tercapai – “Ada yang menipv, itu punca tertangguh”

PELAKON Rozita Che Wan berharap impiannya untuk berpindah masuk ke kediaman baharu sebelum Hari Raya Aidilfitri ini akan tercapai.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 48, sudah dua tahun dia menantikan proses pengubahsuaian yang tertangguh kerana dit1pu kontraktor tidak bertanggungjawab.

“Saya juga berharap hasrat untuk berpindah ke kediaman baru akan jadi kenyataan tahun ini… kalau tak ada aral masuk rumah itu sebelum raya nanti.

“Sejak tahun lalu, ketika pandem1k meIanda, saya bertukar kontraktor melakukan kerja pengubahsuaian sebanyak tiga kali. Ada yang men1pu, jadi itulah punca urusan berpindah ke rumah baharu jadi tertangguh.

“InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar dan kami sekeluarga dapatlah beraya di rumah baharu itu nanti,” katanya.

Che Ta suka cara penyampaian dakwah Ustaz Syamsul Debat.

Meraikan ulang tahun keIahiran ke-48 pada 9 Mac lalu, Che Ta mengambil inisiatif mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput penceramah terkenal, Syamsul Debat.

Kata Che Ta, dia mengundang Syamsul Debat kerana tertarik dengan cara penceramah bebas itu memberi tazkirah agama.

“Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah dia pun pernah undang saya dalam siri perkongsian ilmu dianjurkannya.

“Ikutkan saya sudah selalu adakan acara seumpama ini atau membabitkan hal syurgawi. Malah saya pernah anjurkan majlis keraian atau ulang tahun keIahiran dengan menjamu anak yatim makan, jadi ia bukan benda baru pun saya mengundang pendakwah.

“Ada usikan dan lawaknya memang betul-betul kena tepat kepada batang hidung sendiri… ianya menjadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri.

Che Ta bersama tiga anaknya, (dari kiri) Aaisyah Dhia Rana, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

“Macam tempoh hari, saya ajak keluarga dan teman rapat untuk sama sama mendengar kuliah daripadanya. Jujur rasa tak puas mendengar kuliahnya ketika itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain. Tak apa ada rezeki lain, boleh ajak dia lagi,” katanya.

Bercakap mengenai karier lakonan, isteri kepada aktor Zain Saidin ini berkata dia sibuk menjalani penggambaran sebuah drama.

“InsyaAllah hujung bulan ini kalau tak ada aral melintang, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama 13 episod berjudul Ayahanda terbitan Zeel Production.

“Nampak gayanya saya akan menyambut Ramadan di sana kerana penggambaran drama itu 100 peratus dilakukan di situ,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Dia Isteriku berganding dengan Hafidz Roshdi untuk TV AlHijrah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.