Tahniah! Elizabeth Tan dah kahwin senyap-senyap, bapa bocor rahsia ‘upload’ gambar pengantin

SELEPAS terseb4r foto penyanyi Elizabeth Tan memakai gaun pengantin di laman sosial, kali ini bapanya iaitu David Tan Suan Chew pula berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

Menerusi laman Facebook, David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, merupakan anak perempuan terakhirnya.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang telah berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekuIasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

Perkongsian foto oleh bapa dan sahabat di media sosial.

Rata-rata netizen terkejvt dan tidak menyangka penyanyi cantik itu kini sudah menjadi milik orang.

Malah ramai juga yang meluahkan rasa kecew4 dan pat4h hati apabila penyanyi pujaan mereka sudah bergelar isteri orang.

Foto Elizabeth dan seorang lelaki jadi perbualan hangat netizen.

Pada Januari lalu, nama Elizabeth Tan menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman sosial selepas seorang pengguna Twitter, memuat naik dua keping foto Elizabeth dengan busana pengantin.

Bagaimanapun, Elizabeth menjelaskan foto itu hanya untuk tujuan muzik video lagu baharunya berjudul Beku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.