“Tak pernah keluar Islam” – Illi Najwa menghadap Sultan Johor, k0ntroversi nikahi kapten hoki India selesai

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang mencetvskan k0ntroversi apabila berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, tahun lalu.

Baginda turut berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad di Pejabat Mados, di Istana Bukit Pelangi, di Johor Bahru, Khamis, bagi mempersembahkan hasil s1asatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Yahya berkata, s1asatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

“Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil s1asatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanya yang dimuat naik akaun Facebook rasmi Sultan Johor, pada Khamis.

Turut menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan adalah Pengarah JAINS, Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Dalam pada itu, Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masaIah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan 1su ini juga sudah selesai,” kata beliau.

Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan Jainj dan Jabatan Mufti Johor meny1asat status terkini agama wanita berkenaan yang dilap0rkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

lsu membabitkan Illi Najwa menjadi kec0h selepas tuIar beberapa gambar dan video wanita itu melangsungkan majlis perkahwinan tersebut, di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab, pada Disember tahun lalu.

Manpreet yang memeIuk Islam pada akhir 2019 mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa berpakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *