Rupa-rupanya Syafinaz Selamat guru vokal Nabila Razali, ‘show’ AJL35 bukan yang terbaik – “Jauh lagi perjalanannya sebelum boleh berlari”

KETIKA ramai mempertika1kan persediaan Nabila Razali untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini, penyanyi dan pensyarah vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat tampil memberi penjelasan.

Sebagai guru vokal kepada Nabila, Syafinaz, 48, menjelaskan penyanyi lagu Peluang kedua itu sememangnya mengikuti kelasnya dalam persediaan berentap di pentas berprestij berkenaan.

“Nabila menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu. Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yang padat dan situasi PKP menyebabkan proses pembelajarannya agak menc4bar.

“Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir dan video amatur ini dirakamkan pada awal Mac. Saya sentiasa terbuka dan menyokong mana-mana penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka.

“Ramai artis baharu dan juga nama-nama besar yang menyatakan hasrat malah sudi belajar dengan saya. Saya gembira berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ini,” katanya menerusi Instagram pada Khamis.

Syafinaz kongsi pandangannya mengenai persediaan Nabila Razali menjelang AJL35.

Bersama posting tersebut, Syafinaz turut memuat naik rakaman video latihan yang dilakukan oleh Nabila sebagai persediaan sebelum AJL35.

Dalam pada itu, Syafinaz mengakui persembahan Nabila pada malam itu bukanlah yang terbaik, namun dia memuji perkembangan muzik penyanyi itu.

Malah, kesiIapan yang dilakukan Nabila mungkin berpunca akibat tek4nan kerana berada di pentas besar.

“Bukanlah nyanyiannya yang terbaik tapi ia satu-satunya yang saya ada (video latihan). Ia jauh daripada sempurna tapi lebih baik berbanding apa yang dilakukan di pentas AJL.

“Umum hanya melihat kejadian terkuc1l manakala saya pula melihat daripada aspek kualiti tonal dan perkembangan musicality Nabila.

“Selain tek4nan akibat daripada ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu melawan perasaan dalaman apabila berada di atas pentas mega itu,” ujarnya.

Ramai rakan artis memberi sokongan kepada Nabila Razali menerusi laman sosial.

Sementara itu, Syafinaz percaya Nabila memiliki semangat yang kuat dan akan terus berusaha menimba ilmu bagi memantapkan lagi vokalnya sebagai penyanyi.

“Setiap yang kita lakukan adalah satu seni yang memerlukan kemahiran. Memasak, menjahit, menari, menyanyi, bersukan, waima bertutur sekalipun.

“Saya percaya kesungguhan dan dedikasi boleh mengatasi kelemahan. Pembelajaran yang konsisten adalah kunci kejayaan.

“Anggaplah ini langkah dia bertatih sebagai seorang penyanyi… dia sedar jauh lagi perjalanannya sebelum boleh berlari. Jangan pat4hkan semangat perjuangannya. Ini adalah perjalanan Nabila,” katanya.

Pada Ahad lalu, nasib tidak menyebelahi Nabila, 29, apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 dikrit1k netizen apabila berlaku sedikit insiden ‘terkuc1l’ di bahagian verse ketika mendendangkan lagu tersebut.

AJL35 menobatkan lagu G1la nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua Semalam (Aina Abdul) dan ketiga, Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.