Bella Astillah Syukur Suami Penyayang, Aliff Aziz Bangga Isteri Cantik

Selepas terpal1t dengan pelbagai kontr0versi sehingga bercera1 kemudian rujuk semula, pelakon Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz dilihat semakin gembira dan bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Baru-baru ini, Aliff ada memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun keIahiran isterinya yang ke-27. Menerusi entri itu, Aliff menzahirkan rasa terima kasih di atas kehadiran Bella dalam hidupnya.

“Selamat ulang tahun ke-27 isteriku yang cantik dan penyayang, Bella Astillah. Awak sangat mengagumkan saya dengan sentiasa mendiri diri sendiri.

“Terima kasih kerana menyinari hidup saya dan orang di sekeliling awak dengan hati yang baik dan tulus. Saya doakan semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan awak di masa mendatang. Saya cintakan awak,” tulisnya.

Terharu dengan ucapan manis Aliff itu, Bella dilihat membalas dengan ucapan terima kasih kepada suaminya di atas kasih sayang yang diberikan.

“Terima kasih sayang, terima kasih kerana menyayangi saya,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Bella turut berbalas ucapan cinta meluahkan rasa syukur dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel.

“Alhamdulillah, saya genap usia 27 tahun. Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya anak-anak yang comel serta suami yang penyayang.

“Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya,” katanya.

Terdahulu, kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai tahun lalu kerana 1su cvrang. Pasangan itu kemudian bercera1 pada 16 Mei, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *