“Dia Memang Cantik Dan…,” – Alhamdulillah, Pak Nil Syukur Nabila Huda Jumpa Kebahagiaan Dalam Hidup

Selebriti terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih selesa dengan panggilan Pak Nil ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon, Nabila Huda di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, pengacara bersuia 58 tahun ini berkongsi cerita apabila telah bertemu empat mata bersama Nabila

Di samping memuji kejelitaan anak kepada Amy Search ini, Pak Nil turut meluahkan rasa syukur apabila melihat Nabila yang kini dilihat semakin bahagia bersama keluarganya.

“Dia mmg cantik dan sgt luarbiasa bakat lakonannya.Melihat kebahagiaannya berumahtangga, Paknil cakap “org yg tak kahwin bila tengok video keluarga awak, terus nak berumahtangga”

“Paknil bersyukur, Abil @kupu_kupu akhirnya bertemu kebahagiaan dalam kehidupannya. Nantikan program Hard2Heart sebuah talk show Paknil merungkai sisi terlindung seseorang personaliti setiap Khamis jam 11mlm di AstroRia,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Pak Nil bakal muncul dalam program bual bicara Hard2Heart yang akan berkongsi kisah tentang personaliti tanah air pada setiap hari Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria.

 

Sekadar informasi, Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.

Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.