Tegvran ‘pedas’ Hattan, pergilah belajar vokal dulu!

Penyanyi Datuk Hattan meminta penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) mengambil serius kredibiliti pertandingan berprestij terbabit yang kini berusia 35 tahun.

Ia berikutan, agak mengecew4kan apabila masih ada peserta yang gagaI menyanyi dengan baik sehingga menjadi tuIar pada kalangan peminat di media sosial.

“AJL adalah satu pentas yang besar dan negara tetangga kita iaitu Indonesia pun turut menontonnya. Boleh dikata, AJL secara langsung itu ibarat membawa Malaysia untuk ditonton oleh orang luar.

“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.

“Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka meIahirkan bakat yang berkualiti tinggi,” katanya. 

Penyanyi lagu popular Biso Bonar ini turut menasihatkan mana-mana peserta pertandingan di pentas besar sebegini agar bersikap terbuka dan mengakui keIemahan yang ada.

“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.

“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.

“Masalahnya sekarang semua orang boleh jadi penyanyi. Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” katanya.

Hattan berkata dia juga maIu apabila nyanyian penyanyi berkenaan dinilai oleh seorang YouTuber Indonesia.

“Ibaratnya kalau nak pergi berper4ng, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian.

“Kalau perasaan t4kut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.

“Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” katanya.

Hattan turut mempertika1kan tindakan penyanyi generasi baru masa kini yang gemar memuat naik segala 1su termasuk keIemahan mereka di YouTube semata-mata untuk menarik tontonan yang tinggi. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.