“Doakan Segala Berjalan Iancar Ya,” – Akan Shooting Selepas Raya, Faye Kusairi Maklum Bakal Ada Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan bakal menjalani pengambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Khabar gembira ini telah dikongsi oleh Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Dalam pada itu, bintang keIahiran dari Miri, Sarawak ini berharap semuanya bakal berjalan dengan Iancar serta dipermudahkan.

“Ramai yg masih tak tahu yg kami berdua ni sebenarnya orang Sarawak. @bilazali berasal dari Kuching manakala saya berasal dari Miri.

“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah. Doakan segala berjalan dengan lancar ya.

“Ada peminat 7 Hari Mencintaiku tak sini? Kalau ada, comment kat bawah

#7harimencintaiku #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku3,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa tervja untuk menantikan drama tersebut bersiaran di kaca televisyen.

Selain Faye, drama yang pernah mencipta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *