Tak sia-siakan hobi, duit poket jualan hotwheels dorong remaja bantu ibu bapa… Wak Doyok pun tempah! – “Saya tak lokek nak kongsi ilmu”

MASIH bergelar pelajar, namun remaja ini memanfaatkan hobinya untuk meraih pendapatan sampingan.

Remaja berusia 17 tahun bernama Mohamad Amirul Asyraaf Zani mencur1 tumpuan dengan bakat luar biasanya mencipta ‘hotwheels’ pelbagai jenis model kereta.

Terbaharu, kisahnya tuIar selepas dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter yang sehingga kini meraih lebih 4,000 retweet.

This 17 year old boy does customised Hotwheels to help his parents. The least we can do is to give him some free publicity. And we commisioned him to do one for Wak Doyok’s monster! (Remaja lelaki berusia 17 tahun ini mencipta Hotwheels untuk membantu ibu bapanya. Paling tidak yang dapat kita lakukan adalah memberinya publisiti percuma. Dan kami memintanya untuk mencipta satu untuk kereta Wak Doyok!),” demikian tulis kapsyen pada perkongsian tersebut

Berkongsi cerita, dia yang senang disapa Amirul berkata minat untuk mencipta hotwheels bermula ketika dia berada di bangku sekolah rendah.

Amirul menempatkan koleksi hotwheel miliknya di satu sudut khas di rumahnya.

“Ketika darjah enam, saya ada menonton satu video seorang customiser hotwheels. Daripada situ jatvh minat dan mula mencuba sendiri.

“Sebelum ini saya buat untuk koleksi sendiri sahaja. Selalu juga post di media sosial. Kemudian ada orang yang berkenan dan nak order. Hanya pada 2019, saya mula mengambil tempahan daripada mereka yang berminat,” katanya yang berasal dari Melor, Kelantan ini.

Hotwheel yang dibuat khas untuk Wak Doyok.

Menurut Amirul, sehingga kini dia mempunyai lebih 100 hotwheels pelbagai model kereta yang disimpan sebagai koleksinya.

Bercerita mengenai proses pembuatan hotwheels tersebut, Amirul berkata dia lazimnya mengambil masa sehingga sebulan untuk menyiapkan sebuah model.

“Material yang digunakan pula epoxy putty, iaitu ia seperti plastisin yang keras. Selalunya tengok juga model yang pelanggan nak minta custom.

“Setakat ini bagi saya, model kereta Myvi yang paling mencabar sebab ia banyak curve (lengkung). Kalau dari sudut harga pula, ia bermula dari RM100 ke atas bergantung kepada model kereta dan reka bentuk.

“Sambutan yang diterima setakat ini Alhamdulillah. Boleh dikatakan ada kalanya tidak menang tangan juga sebab saya buat seorang diri. Tambahan pula saya seorang pelajar,” kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Ujar remaja ini lagi, antara kenangan manis sepanjang hampir enam tahun berkecimpung sebagai hotwheels customiser adalah mereka model untuk selebriti Wak Doyok.

“Wak Doyok adalah artis pertama yang saya buatkan hotwheels. Alhamdulillah, dapat berjumpa dan serah sendiri. Gembira sebab dia puji dan suka dengan hasilnya,” kata Amirul.

Amirul biasanya mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan sebuah hotwheel.

Mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan keluarganya, Amirul berkata dia perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan hobi.

“Selalunya kalau belajar siang hari, pada waktu malam baru saya buat hotwheels. Begitulah sebaliknya. Ibu bapa dengan guru-guru pun beri nasihat supaya jangan abaikan pelajaran.

Sebahagian koleksi hotwheel kesayangan Amirul.

“Saya bersyukur sebab sering mendapat tempahan… boleh bantu ibu bapa sikit-sikit bila cari duit poket sendiri. Selain tempahan, saya juga banyak dapat DM daripada mereka yang teringin nak belajar.

“Mana yang saya tahu, saya tak lokek pun nak kongsi. Biar sama-sama boleh kembangkan dan luaskan lagi ‘ilmu’ cipta hotwheels ni,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.