“Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Saya Minta Maaf”

H4ngat diperk4takan mengenai persembahannya di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur semuanya sudah selesai.

Trending di Twitter apabila nyanyiannya terkuc1l, Nabila berharap apa yang diperkatakan netizen baik-baik sahaja meskipun persembahannya tidak berjalan seperti yang dinginkan.

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu.

“Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja,” katanya.

Nabila berkata masaIah suara yang dihadapi sudah sembvh namun perlu mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

“Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, sejurus selepas persembahannya malam tadi, Nabila memuat naik satu entri di Instagram memohon maaf kepada semua terutama pencipta lagu Peluang Kedua iaitu Hael Husaini dan MFMF.

Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang memberikan kata semangat bahawa dia sudah memberikan yang terbaik dan meminta supaya mengabaikan kata-kata negat1f netizen mengenai persembahannya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.