Awal Ashaari Buka Akaun IG Anak Kedua, ‘Lee-La’ Cara Sebutan Nama Layla Amina

Genap sebulan usia anak keduanya, pelakon dan pengacawa Awal Ashaari membuka akaun Instagram rasmi untuk Layla Amina.

Bagaimanapun, akaun itu masih diletak dalam mod privasi dan hanya mempunyai tiga pengikut iaitu Awal, Scha dan Lara Alana. Setakat ini, sebanyak 25 keping foto di kongsikan menerusi Instagram itu.

Lebih menjadi perhatian, menerusi profil di akaun itu, Awal turut menunjukkan cara menyebut nama Layla dengan betul iaitu Lee-La.

Terdahulu, Scha selamat meIahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *