Tamat Master Dengan Keputusan Cemerlang, Hawa Rizwana Dipuji

Menerusi satu entri di Instagram, pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana berkongsikan berita gembira berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana.

Lebih menjadi perhatian Hawa menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang iaitu pointer 3.78 dalam bidang komunikasi massa.

Dalam perkongsian itu, Hawa meluahkan rasa syukur diatas pencapaian berkenaan dan berjaya menghabiskan empat semester dengan keputusan yang cemerlang. Kata Hawa lagi, hasil kerja keras menjadi seorang pelajar separuh masa dalam masa bekerja ternyata berbaloi.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mengagumi kejayaan Hawa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *