Ruhainies Tak Risau Kekasih Disamb4r Orang

Hampir dua tahun kisah cintanya diperkatakan, bagaimanapun pelakon cantik Ruhainies belum merancang untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Timbul ura-ura dia bakal berkahwin tahun hadapan, Ruhainies berkata dia masih mahu memberi tumpuan kepada kerjaya memandangkan banyak komitmen kerja perlu diselesaikan.

“Saya belum ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab saya sibuk dengan penggambaran drama sehingga penghujung tahun ini.

“Seperti semua maklum, banyak kerja tertangguh akibat C0vid-19. Jadi, apabila sudah dibenarkan menjalani penggambaran, jadual kerja saya padat,” katanya.

Menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E, Ruhainies berkata dia tidak pernah risau jika kekasihnya itu disamb4r orang.

“Bagi saya, kalau itu jodoh saya, maka dia akan menjadi jodoh saya sampai bila-bila. Jadi, saya tak r1sau kalau orang kata, menunggu terlalu lama berisik0 untuk kekasih disamb4r orang,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tiada perancangan untuk bertunang namun sekiranya perlu dia tidak mahu mengambil masa lama.

“Setakat ini kami tak ada rancang mengenai pertunangan. Tapi, saya tak suka kalau nak bertunang dalam tempoh yang lama. Mungkin paling lama pun, seminggu sebelum bernikah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.