Cuba nasib DM di Instagram, Harith Zazman kini tunang model MV ‘Cute’ – “Saya dah lama crush dengan dia… beranikan diri tegvr dulu”

GENAP setahun perkenalan di Instagram, Harith Zazman yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Nuramalina Ghakaskhah dalam satu majlis yang diadakan di Serendah, Hulu Selangor pada pagi Sabtu.

Harith atau nama sebenarnya, Mohamad Harith Saifulzazman, 27, bersyukur majlis berlangsung dengan lancar seperti yang direncanakan.

Pasangan itu walau bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun ia mungkin akan diadakan dalam tahun ini juga.

“Alhamdulillah saya dah selamat bertunang dan majlis berjalan lancar.

“Kami bagaimanapun belum berbincang lagi bila tarikh bakal disatukan tapi kemungkinan besar akan diadakan pada tahun ini juga.

“Orang kata buat perkara baik lebih cepat lagi bagus… Bila dah ready semua, kami akan terus langsungkan. InsyaAllah doakan yang baik-baik,” katanya ketika dihubungi.

Menceritakan perkenalan mereka, Harith mengakui dia mengenali tunangnya yang mesra disapa sebagai Lee, 29, menerusi laman Instagram pada Mac tahun lalu.

“Kalau nak tahu, sebenarnya saya dah lama crush dengan dia dan saya beranikan diri tegu\vr dia dulu di Instagram.

Genap setahun usia perkenalan, pasangan ini ambil keputusan untuk bertunang.

“Dari situ kami mula kenal hati budi masing-masing, ” ujarnya.

Harith berkata, wanita itu juga menjadi inspirasi untuk dia berkarya dan menghasilkan lagu.

Malah, Amelina merupakan model dalam dua buah lagu nyanyiannya Cute dan Tak Tahu.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Harith berkata dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharu yang menceritakan mengenai kisah cinta mereka.

“Lagu Cute yang saya nyanyi itu pun saya memang buat khas untuk dia, sebab itulah dia jadi model muzik video lagu tersebut,”.

“Sekarang saya dalam proses untuk siapkan single terbaharu yang berkisarkan kisah cinta kami dan kemungkinan besar ia akan dipersembahkan pada majlis persandingan kami nanti,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.