Aeril Zafrel Hadiahkan Isteri Kereta Mewah RM300,000

Bertuahnya Wawa Zainal apabila suaminya pelakon Aeril Zafrel menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Menurut Aeril, hadiah kejvtan itu adalah bersempena dengan ulang tahun keIahiran Wawa yang ke-29 tahun semalam.

Aeril berkata dia menghadiahkan kereta buat isterinya kerana kereta yang digunakan oleh Wawa kini sudah lebih tiga tahun.

“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.

“Sebelum beli, saya ada berikan ‘hint’ mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini. Pada majlis ini (semalam) dia baru tahu. Memang kejvtan buat dia,” katanya.

Dalam pada itu, bersempena dengan hari jadi Wawa itu juga, Aeril turut mendoakan semoga segala impian dan hajat isterinya itu dimakbulkan Allah. Hadiah kejvtan untuk Wawa itu diberikan pada majlis Gala Dinner Award Wawa Cosmetics yang diadakan semalam.

“Selamat ulang tahun bidadari syurga ku. Semoga semua impian mu, hajat mu dimakbulkan Allah SWT,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.