Siti ada lagu untuk adik Aafiyah? Akui sukar menyanyi

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdepan dengan cab4ran daripada segi pern4fasan ketika menjalani proses rakaman album kanak-kanak terbaharunya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, penyanyi berusia 42 tahun itu mengakui berdepan dengan cabaran ketika menyanyi memandangkan kandvngannya kini hampir memasuki usia lapan bulan.

“Dalam proses rakaman album kanak-kanak terbaharu. Memang tidak dinaf1kan ada cabaran daripada segi pern4fasan.

“Maklumlah sudah hampir lapan bulan (hamiI) dan jarang menyanyi sepanjang kehamiIan. Tetapi alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua. Terima kasih pasukan saya yang bekerja keras menyiapkan album ini,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagramnya.

Sementara itu, perkongsian Siti tentang pembikinan album lagu kanak-kanak terbaharunya turut menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan buah tangan daripada penyanyi kesayangan ramai itu.

Ada juga peminat menjangkakan Siti turut merakamkan sebuah lagu khas untuk anak keduanya kelak.

“Tak sabar nak dengar lagu untuk adik Aafiyah,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Sebelum ini, Siti atau mesra disapa Tokti pernah merakamkan sebuah lagu kanak-kanak berjudul Comel Pipi Merah yang diciptakan khas untuk menyambut keIahiran anak sulungnya, Siti Aafiyah pada 2018.

Awal Disember lalu, Siti mengumumkan beliau sedang hamiI empat bulan selepas menjalani proses raw4tan kesubvran in-vitr0 (lVF).

Untuk kehamiIan kedua, Siti bakal dikurniakan anak lelaki dan akan diberi nama dengan pangkal huruf A. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *