“Kakak Saya Dulu Pun Tak Bertudung Dan Bukannya Dia Mula Bertudung Dari Umur 2 Bulan,” – Penampilannya Dikait Dengan Kakak, Ini Jawab Balas Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu ada menerima krit1kan dan komen negat1f netizen terhadap perkongsiannya di media sosial yang disifatkan keterIaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.

Bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata, temp1as tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab.

“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengvtuk antara satu sama lain.

“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.

“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukvm hidup kita akan tenang,” katanya.

Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah.

“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan.

“Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” katanya.

Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka keIahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.