Baju Raya Koleksi Neelofa & Hannah Delisha Harga Lebih RM500, Peminat Sanggup Beli

Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa menerusi jenama miliknya Naelofar tampil dengan koleksi baju raya bersama pereka fesyen popular Alia Bastamam.

Lebih menjadi perhatian koleksi itu turut menampilkan pelakon jelita, Hannah Delisha sekaligus membuatkan ramai tervja.

Koleksi raya itu memaparkan banyak warna kilauan emas sekaligus membuatkan persalinan tampak mewah dan mahal.

Meskipun berhijab dan berniqab, namun ia tidak menghalang kedua selebriti itu untuk berfesyen dan tampil anggun.

Hasil tinjauan di laman web pembelian, rata-rata busana berkenaan berharga dari RM379 hingga RM549 sepasang.

Ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi tersebut, malah ada yang sudah mendapatkan persalinan berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.