Diminta jaga adab, PU Syed harap Sharifah Sakinah tak h4nyut uji4n dunia – “Sekalipun hidup kita bebas, namun umat lsIam ada batasnya”

GARA-GARA memuat naik foto s3ksi sehingga mencetvskan krit1kan netizen, pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummas (PU) Syed yang meminta aktes itu menjaga adab dalam berpakaian.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Ner4ka itu agar tidak mempengarvhi pengikut laman sosial untuk berpakaian demikian.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.

“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta diIanggari,” katanya.

PU Syed memberikan surat terbuka buat Sharifah Sakinah.

Dalam kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed turut berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus h4nyut dengan uj1an dunia.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia.

“Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.

“Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus h4nyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” katanya.

Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin.

Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *