Anak Amyza Aznan, ‘Superstar in the making’

“Oh my! Awak berdua hebat! Ian sangat bagus. Whistling lagi. Ian is a Superstar In the making. Tahniah buat anda berdua.”

Itu komen ditulis penyanyi terkenal, Anuar Zain di Instagram menerusi persembahan duet pelakon, Amyza Aznan bersama anaknya, Adrian Adam, 13, pada program Famili Duo yang ditayangkan di TV3, semalam.

Selain Anuar, artis yang lain turut meninggalkan komen antaranya Fauziah Nawi, Zara Zya, Haiza, Nana Mahazan, Linda Onn, Janna Nick, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Menerusi episod ibu bapa dan anak itu, Amyza dan Adrian dipilih menjadi pemenang sekali gus memenangi RM10,000.

Amyza ketika dihubungi meIahirkan rasa syukur selain menganggap itu adalah sunt1kan semangat baharu buat anaknya.

“Rasa macam satu sunt1kan semangat baharu untuk dia sebab kebanyakan yang komen adalah mereka yang hebat dalam industri. Harapnya dia ubah fikiraan dan dapat balik semangat.

“Sebelum ini saya memang kerap muat naik video dia menyanyi, tapi sejak kebelakangan ini sudah tidak ada. Sebab dia berasa macam dipergunakan terutama selepas seringkali mendapat janji palsu daripada pelbagai pihak yang mahu mengetengahkan bakat nyanyiannya. Mungkin sebab dia tidak ada nama.

“Tapi, untuk program ini dia tidak tahu ada juri. Saya cakap hanya nyanyi biasa saja. Mulanya dia tidak mahu, tapi selepas saya ‘ugvt’ jangan nyanyi lagi, dia terus kata okay. Malah, sebelum persembahan berlangsung, kami tidak pernah latihan bersama. Pada hari persembahan saja ada tiga kali latihan,” katanya.

Mengenai pemilihan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri dan Emotion daripada Mariah Carey, Amyza berkata itu adalah pilihan anaknya.

“Saya bagi dia pilih lagu. Saya ikut saja. Saya memang nak berikan pended4han pada dirinya. Biarlah lagu itu tak selesa pada saya, tapi asalkan dia suka dan boleh nyanyi dengan baik. Alhamdulillah, dia berjaya buat.

“Itu pun selepas persembahan dia cakap kami akan kalah sebab dia hanya berikan 70 peratus saja. Saya beritahu dia, tidak mengapa kerana memang nak berseronok saja. Syukur, rezeki berpihak pada kami,” katanya.

Menurut Amyza, anaknya tidak pernah mengikuti sebarang kelas vokal atau nyanyian.

Famili Duo disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menampilkan pengacara, Uyaina Arshad serta juri tetap Didie Alias dan Mark Adam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *