Ada Pertik4i Kenapa Masih Terus Hantar Anak Ke Sekolah Swasta, Ini Jawab Balas Rita Rudaini

 

Pelakon, Rita Rudaini mended4hkan dia sebenarnya tidak pernah terdet1k untuk mengungk1t kembali soal pemberian nafkah daripada bekas suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Jelas Rita, sekiranya dia mempunyai niat untuk melakukan hal sedemikian, perkara tersebut telah pun dia lakukan sejak dari dulu lagi.

“Saya tak pernah ungkit pasal duit. Kalau saya nak ungkit pasal duit nafkah RM3,000 tu, dah lama dah saya berbunyi. Ni dah tahun 2021, anak saya pun dah 12 tahun tapi saya tak pernah bersuara.

“Saya pun tak pernah pergi ke mahk4mah buka fail baru. Jadi tiada 1su tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah,” katanya.

Ketika ramai yang mempert1kai mengapa Rita masih menghantar dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta jika dia merasakan wang nafkah tersebut tidak mencukupi, ini penjelasan yang diberikan Rita;

“Ada pula yang kata. Duit RM3000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempert1kai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta. Ada yang cadangkan saya hantar mereka ke sekolah kerajaan.

“Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu.

“Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri,” katanya lagi.

Rita berkata sedemikian ketika ditemui sewaktu menjalani sesi penggambaran program MHthrowback, baru-baru ini.

Jelas pelakon filem Mami J4rum ini lagi, antara sebab dia menghantar anak-anaknya itu ke sekolah swasta adalah kerana soal keselamatan dan berkemampuan.

“Saya hantar mereka ke sekolah swasta sebab saya rasa saya mampu. Kalau tak mampu saya pun tak hantar. Tapi tak pernah pun saya nak berlagak.

“Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang ketat. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.

“Macam di sekolah anak saya, tak boleh berada di luar pagar. Mereka kena ada di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa datang ambil dan cikgu pula lepaskan sorang-sorang. Itu yang saya nak sebenarnya,” jelasnya yang turut menyifatkan setiap ibu bapa pastinya punya perancangan masing-masing buat anak-anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.