“Kasihanilah anak-anak mereka”- Ibu Syamsul Yusof

“Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya.”

Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang mengg4nggu rumah tangga anaknya supaya bertavbat.

“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah. 

“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh mervntuhkan masjid? Itu d0sa besar. Janganlah ada ir1 hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” katanya.

Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada marvah diri,” katanya.

Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.

“Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak ba1k kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima baIasannya,” katanya.

Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.

“Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula,” katanya.

Sarah juga tidak menaf1kan bahawa perp1sahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.

“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terbvru-bvru membuat keputusan yang boleh mer0sakkan semua. Bagus juga dengan perp1sahan sementara ini dan bukan perp1sahan selama-lamanya. 

“Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.

“T1pulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” katanya.

Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.