Zarina Anjoulie dan Yas rujuk semula, mahu perbaiki diri dari segi agama – “Kami tak nak putus asa dengan perkahwinan ini”

TIDAK sampai sebulan pended4han percera1an Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensas1 itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan eg0 masing-masing dan berbincang secara baik.

Mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina, Zarina berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua eg0.

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.

“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

Zarina dan Yas bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahk4mah Syar1ah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan pencera1an mereka.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercera1 pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *